Saya Anak Malaysia: Edisi Selamat Hari Merdeka yang ke-54!

31 Ogos 2011 ni genap kita semua menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54; “Satu Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Merdeka, merdeka, merdeka! Untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan tahun ni, jom kita layan klip-klip video ni..


Sudirman  - Merdeka



Ella - Standing in the eyes of the World



Janice & The Supertank - Malaysian



Altimet feat Noh Hujan - Kotarayaku



M. Bakri – Malaysia Baru



Butterfingers - Merdeka



Search - Derap Komando



Alleycats – Kuala Lumpur



Saya Anak Malaysia 2011 Music Video
Posted: 8/23/2011 12:10:48 PM by XFM | with 0 comments


Screen-shot-2011-08-22-at-3-22-39-PM.png

Pasti ramai yang rindu dengan Lagenda Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid kan kan?  Terbaru, kini beliau kembali dengan album Raya yang pastinya dinantikan oleh semua peminat-peminatSheila Majid. Sempena hari yang mulia ini, Sheila Majid kini merakamkan dan menerbitkan kembali album raya yang pernah dirakamkan pada tahun lalu.

Bagi memenuhi permintaan peminat yang mendambakan nyayian bintang pujaan mereka ini, Sheila Majid kini merakam dan menggubah kembali album tersebut. Pada album kali ini juga, turut diselitkan sekali sebuah lagu baru berjudul “Tiada Lagi”. Album raya di bawah produksi Magada Entertainment Sdn Bhd dan edaran Warner Music Malaysia kini boleh didapati dengan harga hanya  RM20.90, jadi jangan lupa dapatkan “Memori Aidilfitri” yang akan berada di pasaran mulai 22 Ogos 2011 nanti! Pastinya anda terbuai asyik dengan kelunakan suara Ratu Jazz ni.

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam CD album ini:
1) Suasana Di Hari Raya
2) Selamat Hari Raya
3) Seloka Hari Raya
4) Selamat Hari Raya
5) Tiba Hari Mulia
6) Hari Mulia
7) Suasana Hari Raya
8) Selamat Hari Raya
9) Tiada Lagi (Lagu Baru)
Posted: 8/22/2011 1:47:48 PM by XFM | with 0 comments


Berita baik buat peminat-peminat They Will Kill US All - dorang dah keluar dengan t-shirt baru. Ada dua jenis warna tau, putih dan juga biru gelap. Tengok ni meh..


Screen-shot-2011-08-15-at-11-00-53-AM.png

Berminat? Lebih info macam mana nak dapatkan t-shirt ni, klik sini ye >> http://pestlemortarclothing.co​m/home/?p=932.
Posted: 8/15/2011 11:03:13 AM by XFM | with 0 comments


Panas dari oven!

IMG_3080.JPG


Gabba Gabba dah pun keluar dengan EP pertama dorang “Made in Khatib Koyan”. Siapa Gabba Gabba ni? Ala lagu dorang yang “Lambat Layu” tu, tahu? Liriknya berbunyi begini, "masa tak, masa tak menunggu, masa tak, masa tak menunggu”. Hah! Dah tahu kan? Kalau tak tahu lagi, klik sini untuk biografi Gabba Gabba ok >> http://bit.ly/r3FH8T

Ok, apa yang baru tentang Gabba Gabba ni  ialah dorang dah keluar dengan EP pertama tau. EP ni memuatkan 4 buah lagu dan kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di dalam EP ni berbahasa Malaysia. Kat mana nak cari EP ni? Ok, untuk pengetahuan korang, buat masa ni korang boleh beli EP ni melalui online saja tau. Lebih info tentang proses mendapatkan EP pertama Gabba Gabba ni, silalah ke facebook dorang ye.

Majlis pelancaran EP “Made in Khatib Koyan” ni akan dibuat selepas hari raya nanti dan mungkin pada bulan Oktober, kata Azra selaku pengurus Gabba Gabba. Jadi, buat penyokong-penyokong Muzik Malaysia kat luar sana tu, apa tunggu lagi.. “Kata Support, belilah EP dorang ni.

Oklah, apa-apa pun tahniah buat Gabba Gabba ye! Kalau ada info-info terbaru tentang dorang, kitorang akan update lagi kat X-Buzz ni ye. Meh check out video muzik dorang. Silakan..


Posted: 8/12/2011 1:49:12 PM by XFM | with 0 comments


relay2.jpg


Recording RELAY dah 50% siap...akan di terus kan lagi dan lagi setiap malam sampai siap sepenuhnya..insyallah” – Ni apa yang kitorang baca kat status facebook Relay pagi tadi.

 Tak lama lepas baca status tu, XFM terus menghubungi Irfan Relay untuk mengetahui lebih terperinci tentang proses rakaman EP pertama dorang ni. Walaupun sedang sibuk berkerja, namun Irfan sempat meluangkan masa selama lapan minit untuk ditemubual. Terima kasih yaw!

 Ok, ni soalan-soalannya,

Katanya recording untuk EP Relay ni dah siap 50%, cuba cerita sikit apa je yang dah siap?
Tiga lagu dah siap sebanyak 50%, sekarang ni tengah tunggu nak masuk vokal dan bass saja, lepas tu siaplah.

Berapa lama masa yang diambil untuk siapkan ketiga-tiga lagu ni sehingga mencecah ke tahap 50% tu? 3 minggu.

Hari tu Relay ada cakap EP ni akan memuatkan 4 buah lagu je.  Korang pasti ke empat? 
Memandangkan idea datang mencurah-curah, jadi kami pun tambahlah lagi satu lagu. Jadinya ada lima buah lagu didalam EP pertama Relay ni.


Agak-agaknya bila EP korang ni akan release? Insya’Allah, tahun ni.


Ok.. ni sajalah perkembangan terbaru daripada Relay. Kalau ada info -info terbaru tentang dorang, lagi kitorang akan update ye. Apa-apa pun terima kasih buat Irfan Relay untuk temubual express tadi. Yey!
Posted: 8/11/2011 11:22:21 AM by XFM | with 0 comments


Displaying results 1-5 (of 10)
 |<  < 1 - 2  >  >| 
JATS-243.jpg
SAM KUMAN

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'.

Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Lebih info tentang Sam Kuman, klik pada "Lihat Semua".
 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!