MH-HujanAkustik.jpg

Jumaat lepas, kitorang ke KLPac untuk menyaksikan Hujan Acoustic Special Showcase. Terima kasih kat Warner Music Malaysia sebab bagi kitorang tiket yek. Rasanya ramai yang dah tahu bahawa tiket untuk showcase malam tu, licin habis, semua tiket berjaya dijual. Makanya, Pentas 1, KLPac tu penuh!

Showcase tu bermula lebih kurang jam 9 malam. Macam biasa, persembahan daripada Hujan tak pernah menghampakan kami walau sekalipun. Hanya satu perkataan sahaja yang dapat menggambarkan keseluruhan Showcase ni, iaitu "TERBAIK".

Hujan Acoustic Special Showcase ini berlangsung selama lebih dari dua jam. Lagu-lagu yang dimainkan juga merupakan lagu-lagu pilihan daripada EP pertama (123 Go!) sampai album ketiga mereka (Lonely Soldier Boy). Malah, Altimet dan Awanband juga turut membuat penampilan khas untuk Hujan Acoustic showcase ni. Menurut Noh, semua muzik pada malam tu disusun oleh AG Coco sendiri.

Dari keletah pengacara majlis, diikuti dengan telatah Noh yang macam-macam tu, serta persembahan dari Hujan sendiri, sememangnya ia satu pakej lengkap yang cukup menghiburkan. Memang tak rugi langsunglah korang beli tiket ni.

IMG_0596-(1).JPG

Percaya atau tidak, kitorang ada juga usha keliling Pentas 1, KLPac ni dan terdetik "kesian kat raingers, malam ni tak dapat nak riot sikit". Tapi sangkaan kitorg salah! Masa lagu terakhir "Bila Aku Sudah Tiada", Noh panggil semua rainger untuk turun ke pentas. Hebat hebat! Sememangnya hanya band Hujan je yang mampu buat  buat riot kat KLPac ni.

 
Apa pun, tahniah buat Hujan untuk Hujan Acoustic Special Showcase ni dan teruskan menghasilkan karya bermutu untuk industri muzik tanahair!

Ok, jom layan video Hujan Acoustic Special Showcase, tapi kitorang shoot sikit-sikit je, kalau nak tengok full video korang tunggu je update daripada Hujan ok!


 
Posted: 2/27/2012 6:01:41 PM by XFM | with 0 comments


11.JPG

Pelancaran album "Sleep Talking" telah diadakan di Hard Rock Cafe Penang pada 11 Februari yang lepas, jam 8.30 malam. Pembukaan persembahan oleh Diandra Arjunaidi selama 15 minit, telah menyemarakkan lagi suasana di Hard Rock Cafe.

Pelancaran album "Sleep Talking" telah berjaya membawa lebih 200 orang peminat yang memenuhi Hard Rock Cafe Penang. Malah, beberapa rakan media dari Kuala Lumpur juga turut membuat liputan eksklusif.

Album "Sleep Talking" mengandungi 9 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu Hits Janice and the Supertank "Kau di Mindaku" "Di Syurga" & "Just Before I Sleep". Bagi yang ingin mendapatkan album ini boleh email secara terus dengan kami ke JaniceAndTheSupertank@gmail.com dan juga didapati di semua kedai muzik Rock Corner di seluruh Lembah Kelang pada penghujung bulan Februari.

8.JPG

10-(1).JPG

* Jom usha gambar-gambar sewaktu Majlis Pelancaran Album "Sleep Talking" klik je sini ni ok >> www.xfm.com.my/Interaktif/Foto-Galeri

 
Posted: 2/21/2012 11:32:39 AM by XFM | with 0 comments


Screen-shot-2012-02-20-at-10-23-40-AM.png

Ramlah Ram seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Muar, Johor,  kini muncul dengan single terbaru; "Sesaat Kau Datang" feat. SleeQ. Ok, sebelum korang layan muzik video "Sesaat Kau datang" ni korang kena lupakan sekejap lagu syahdu Ramlah Ram yang popular sebelum ini seperti "Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu" dan "Apa khabar mu disana" kerana kali ni Ramlah Ram membawakan satu kelainan dimana dia menyanyi kan lagu berentak Pop Rock.

Album baru Ramlah Ram ini merupakan kerjasama antara RRG dan FMC. Single "Sesaat Kau Datang" ini adalah diilhamkan daripada komposer baru, ID Mifzal, dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, manakala susunan muziknya hasil gubahan komposer sedang meningkat naik, Ady 6ixth Sense. Lagu ini mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Video muzik "Sesaat Kau Datang" pula diterbitkan oleh Ramlah Ram Group (RRG) & diarahkan oleh Sam Kuman. Lagu Ciptaan ID Mifzal & Lirik ditulis Oleh Zie Syafruddin ini dinyanyikan oleh Ramlah Ram berkolabrasi dengan Kumpulan SleeQ (penyanyi rap yang berasal daripada Singapura). Turut menjayakan MV ini ialah Model Afiq Muiz, Jaszrina Jasni dan Fana Kamil.

Jom layan video muzik "Sesaat Kau Datang"..

Posted: 2/20/2012 10:43:28 AM by XFM | with 0 comments


 
Screen-shot-2012-02-17-at-2-50-17-PM.png

Single terbaru Liyana Jasmay "Cinta Bersatu", lirik & lagu oleh TILU. Video muzik pula oleh Ghaz Abu Bakar dari Media Hustler, tapi belom keluar lagi.. Korang tunggu je ok! Kita layan lagu "Cinta Bersatu" ni dulu yek, kitorang selitkan juga liriknya sekali.


LIRIK CINTA BERSATU

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
_________________________
 
Posted: 2/17/2012 2:57:27 PM by XFM | with 0 comments


HDBK-Half.jpg

Hantu Dalam Botol Kicap, Satu lagi filem komedi seram dari penerbit Ngangkung untuk tontonan anda. Tonton filem ini jika anda suka; "Ngangkung", "Jangan pandang belakang congkak" dan "Suatu Malam Kubur berasap"ok! Filem arahan Azhari Mohd Zain ni dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mikail Andre, Zila Bakarin, Maimon Mutalib  dan ramai lagi.

Kisah Hantu Dalam Botol Kicap ni bermula apabila Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Ha! Kalau korang nak tahu apa yang berlaku terhadap Rina dan yang lain-lain dan seberapa kelakar filem terbitan MIG Production "Hantu Dalam Kicap Botol" ini, apa kata korang tengok filem ni. Filem ni sudah pun mula ditayangkan dipawagam-pawagam berdekatan bermula 9 Febuari yang lepas. 

Posted: 2/17/2012 10:50:11 AM by XFM | with 0 comments


Displaying results 1-5 (of 9)
 |<  < 1 - 2  >  >| 
JATS-243.jpg
SAM KUMAN

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'.

Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Lebih info tentang Sam Kuman, klik pada "Lihat Semua".
 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!