Pelancaran album "Sleep Talking" telah diadakan di Hard Rock Cafe Penang pada 11 Februari yang lepas, jam 8.30 malam. Pembukaan persembahan oleh Diandra Arjunaidi selama 15 minit, telah menyemarakkan lagi suasana di Hard Rock Cafe.
Pelancaran album "Sleep Talking" telah berjaya membawa lebih 200 orang peminat yang memenuhi Hard Rock Cafe Penang. Malah, beberapa rakan media dari Kuala Lumpur juga turut membuat liputan eksklusif.
Album "Sleep Talking" mengandungi 9 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu Hits Janice and the Supertank "Kau di Mindaku" "Di Syurga" & "Just Before I Sleep". Bagi yang ingin mendapatkan album ini boleh email secara terus dengan kami ke
JaniceAndTheSupertank@gmail.com dan juga didapati di semua kedai muzik Rock Corner di seluruh Lembah Kelang pada penghujung bulan Februari.