Mesti ramai yang suka sangat dengar lagu Patah Seribu oleh Shila Amzah tu kan? Sejak kebelakangan ni lagu tu selalu je berkumandang dicorong-corong radio tempatan. Dah la lagu Patah Seribu tu best, pastu siap ada tele-movie Patah Seribu pulak tu. Hebat, memang hebat!
Patah Seribu ni dibintangi oleh Sharnaaz, Jihan, Sharifah Shahora, Amar Baharin, Reza Mohamed dan Shila Amzah sendiri.
Melihat pada post twitter Sharnaaz Ahmad yang bertarikh 13 Febuari lepas, Patah Seribu ni akan ditayangkan pada 23 Febuari jam 9 malam ni di saluran Astro Ria 104.
Sinopsis Patah Seribu;
Tele-movie Patah Seribu ni mengisahkan tentang Bella (Shila) dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan. Dia berkenalan dengan Azu (Sharnaaz) yang juga seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.
Kasihan dengannya, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka. Nak tahu apa seterusnya yang akan berlaku, korang jangan lupa tonton cerita ni ye.
Jom layan trailer Patah Seribu ni!