Hantu Dalam Botol Kicap, Satu lagi filem komedi seram dari penerbit Ngangkung untuk tontonan anda. Tonton filem ini jika anda suka; "Ngangkung", "Jangan pandang belakang congkak" dan "Suatu Malam Kubur berasap"ok! Filem arahan Azhari Mohd Zain ni dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mikail Andre, Zila Bakarin, Maimon Mutalib dan ramai lagi.
Kisah Hantu Dalam Botol Kicap ni bermula apabila Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.
Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.
Ha! Kalau korang nak tahu apa yang berlaku terhadap Rina dan yang lain-lain dan seberapa kelakar filem terbitan MIG Production "Hantu Dalam Kicap Botol" ini, apa kata korang tengok filem ni. Filem ni sudah pun mula ditayangkan dipawagam-pawagam berdekatan bermula 9 Febuari yang lepas.