Oleh: Liza Ramli
 
Screen-shot-2012-01-25-at-10-11-50-AM.png

Sebuah filem seram bertajuk The Awakening ini pastinya akan memberikan anda satu kekeliruan yang pasti kerana tajuknya. Tajuk yang banyak digunakan baik dari segi tajuk filem, drama, album, tajuk lagu dan banyak lagi ini pastinya akan membuatkan anda terkeliru sebentar.

Namun untuk menghapuskan kekeliruan itu, rebiu filem yang akan kami bawakan kali ini adalah bertajuk, The Awakening yang mengisahkan mengenai filem seram British untuk tahun 2012 ini. Mungkin pasaran di United Kingdom telah dimulakan pada penghujung tahun 2011, namun tayangan di Malaysia telah bermula sejak 5 Januari 2012 yang lalu.

Filem British lakonan Rebecca Hall, Dominic West, Imelda Staunton dan ramai lagi ini merupakan sebuah filem yang mempunyai bayangan tajuk dengan latar gelap yang tersendiri. Namun, seram yang ingin dibawakan ini sebenarnya mempunyai misi dan visi yang tersendiri.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-16-01-AM.png

Filem arahan Nick Murphy ini menggunakan latar pada tahun selepas Perang Dunia pertama, tahun 1921 di England. Di mana, seorang pemburu entity yang dikenali dengan kepandiannya yang juga merupakan seorang wanita  yang berpendidikan tinggi pada zaman itu, Florence Cathcart telah diminta tolong untuk pergi membantu menyelesaikan misi kemunculan hantu di sebuah sekolah asrama lama.

Di dalam pencariannya itu, Cathcart telah melihat pelbagai kejadian yang membawanya ke satu dimensi yang lain. Manusia moden yang percayakan fakta dan juga ilmu sains berbanding  cerita tradisional kepercayan manusia dengan pemikiran ortodoks, Cathcart sendiri tidak percayakan kewujudan hantu. Dia tahu, segalanya yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas sains dan juga akibat dari perbuatan manusia sendiri. Tiada kaitan dengan kewujudan hantu atau apa-apa misteri alam yang lain. Apabila seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan penghuni asrama lama itu meninggal dunia, yang lain juga bimbang bahawa mereka juga akan menjadi mangsa.

Maka, setelah Cathcart tiba, sekolah itu ditutup dan hanya tinggal seorang kanak-kanak lelaki, Tom yang terpaksa ditinggalkan di situ bersama dengan penjaga asrama itu, Maud. Selain Maud,  Robert yang penuh dengan misteri itu juga tinggal bersama untuk menyelesaikan masalah ini.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-23-41-AM.png
 
Di dalam pencarian itu, Cathcart telah berjumpa dengan perlbagai jenis misteri yang sedikit sebanyak dapat menerangkan kewujudan hantu yang sering digembar gemburkan selain dari menyelesaikan misteri kematian kanak-kanak lelaki itu. Namun, ada sisa dan juga kisah kehidupan yang tertinggal di sebalik misteri yang semakin dirungkai, semakin banyak menimbulkan persoalan tentang mengapa Cathcart ada di di situ. Apa kaitan rumah itu, kenangan lama Cathcart sebelum menjadi anak angkat pada keluarga lain, dan siapakah Tom yang sering menjadi satu bayangan buat dirinya cuba dia rungkaikan.

Apakah Cathcart dapat membuktikan yang hantu itu tidak wujud, atau mungkin dia perlu terima hakikat dan hidup dalam ketakutan kerana kewujudan hantu atau mungkin ada cerita di sebalik kejadian ini? Sila saksikan kisah yang tidaklah menyeramkan ini di pawagam.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-17-04-AM.png

Lakonan watak utama filem ini, seorang wanita yang sebelum ini juga sinonim dengan filem misteri dan seram ini telah membawakan wataknya dengan baik sekali. Kewujudan Rebecca Hall di dalam filem ini selaku Florence Cathcart juga merupakan salah satu bukti kejayaan filem ini di dalam merebut perhatian penonton dari mula hingga ke akhirnya.

Pengakhiran cerita ini yang telah diputarkan ke paksi 180° ini telah membawa kita ke satu simpang penyelesaian yang tidak membosankan. Filem ini telah membawa satu penyelesaian yang akan membuatkan anda menerima filem ini seadanya namun masih lagi tidak membawa bayangan seram hantu yang bukan-bukan. Satu kejayaan buat pengarah yang berjaya meletakkan imej seram dari mula hingga ke akhir dengan detik cemas, suspens dan menakutkan dengan kadar yang tidak terlalu ekstrem.
Kisah di sebalik kisah yang terselindung dengan memori zaman silam yang kian luput, dikembalikan dalam sekelip mata. Jika anda rasakan menarik, saksikanlah filem ini di pawagam dan temui penyelesaiannya yang tersendiri jika anda inginkan kepastian yang lanjut.

Posted: 1/25/2012 10:13:43 AM by XFM | with 0 comments



2.jpg
 
Awi Rafael diberi penghargaan untuk membuat persembahan bersama artis antarabangsa; Dashboard Confessional pada 22 Februari ini.

Showcase Dashboard Confessional dengan kerjasama Rockaway anjuran Livescape Asia bakal mempersembahkan Awi Rafael sebagai artis pembukaan di persembahan solo Dashboard Confessional yang akan berlangsung di KL Live nanti.

Awi Rafael adalah seorang penyanyi yang berbakat dan dia memulakan kariernya bersama Bhumiband dan kini, Awi yang bergerak solo popular dengan lagu-lagu seperti “Pulanglah” dan juga “Bila Aku Jatuh Cinta”.

Apa lagi, cepat dapatkan tiket anda sekarang di Redtix.Airasia.com sekarang!

 


Posted: 1/17/2012 10:48:44 AM by XFM | with 0 comments



tumblr_lvqgg3nIsc1qem82po1_500.jpg

Filem Relationship Status ni dibintangi oleh Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal, Ruzana Ibrahim, Alfred Loh, Shuba Jay, Benji Lim, Amanda Ang, Adeline Ong, Pete Teo, Susan Lankester dan juga Will Quah.

Filem ini berkaitan dengan Facebook tetapi bukan mengenai Facebook. Filem arahan Khairil M. Bahar ini menceritakan bagaimana rangkaian sosial mengubah landskap sosiobudaya serta pemikiran kita dengan memberi fokus terhadap isu cinta dan perhubungan.

Filem ini merupakan cubaan kedua Khairil menghasilkan filem selepas Ciplak (2006) yang hanya menelan belanja RM10,000. Bajet yang diguna pakai untuk filem ini juga rendah, ia hanya menggunakan kamera DSLR dan ia juga hanya ditayangkan di pawagam terpilih saja (TGV KLCC & TGV Sunway Pyramid).

Relationship Status membina karakter enam pasangan yang mewakili golongan kelas sederhana di Kuala Lumpur. Khairil meminjam struktur penceritaan ensemble seperti dalam Love Actually (2003) atau Valentine's Day (2010) atau jika filem tempatan seperti Cinta (2006) dan Sepi (2008); di mana watak-wataknya mungkin tidak mengenali secara langsung tetapi dihubungkan dengan permasalahan serupa.

Antaranya, tentang Anna yang enggan mengaku mencintai Dave, meskipun kelakuan mereka seperti sepasang kekasih. Apabila Anna mengosongkan ruangan 'relationship status' dalam Facebook, Dave terasa seperti dipermainkan dan dia mahu Anna 'mengumumkan' keintiman mereka kepada khalayak.

Manakala Trisya menuntut cerai apabila mengetahui kecurangan suaminya melalui gambar-gambar yang dimuat naik dan Selina yang cuba untuk tidak menatap Facebook kepunyaan mendiang suami selepas kematiannya.

Ini adalah contoh kisah yang rapat dengan kita, kesan pengaruh laman sosial pada abad ke-21. Sebagai pengguna Facebook, kita mudah mengaitkan apa yang terjadi dalam filem ini.

Kalau korang nak tahu apa yang berlaku disebalik cerita Relationship Status ni, pastikan korang tengok filem ni dipawagam ye! Moh tengok trailer "Relationship Status" ni..




 
Posted: 1/13/2012 3:31:42 PM by XFM | with 0 comments


Oleh: Izzat Ismail


 
Astro Ria kembali dengan program bercorak realiti dan kini sedang mencari bakat baru terutama didalam bidang pengacaraan. Tambahan lagi, kehadiran ramai penyampai tidak kira di bidang radio mahupun TV memberikan perkembangan positif pada perkembangan industri hiburan di Malaysia.

Oleh sebab itulah program terbaru berjudul “On Air” disediakan bagi memberi peluang kepada penyampai baru untuk menyerlahkan bakat mereka, dan apa yang harus ditekankan adalah penampilan mereka didepan khalayak ramai serta berupaya menjadi kayu pengukur pada maklum balas peminat terhadap sesebuah rancangan. Apa yang menarik mengenai program kali ini ialah mereka berpeluang untuk menandatangani kontrak sebagai artis residen Astro selama tiga tahun dan bakal menerima hadiah yang menarik yang akan diberitahu kelak.

Dua penyampai berpengalaman, Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman diberi peluang untuk menggalas cabaran besar mencari pelapis mereka pada masa hadapan.Umum mengetahui kedua mereka mempunyai pengalaman luas didalam bidang pengacaraan,penyampai radio mahupun pembaca berita.

Screen-shot-2012-01-13-at-10-02-15-AM-(2).png

Aznil sendiri yang sudah mempunyai 22 tahun pengalaman didalam bidang TV dan Radio amat teruja untuk memulakan program ini sambil menyatakan sudah sampai masanya untuk dia mencurahkan ilmu serta mencari pelapis didalam bidang pengacaraan kerana buat masa ini industri amat kekurangan pengacara yang benar-benar berasal dalam bidang pengacaraan.

Suhaimi pula menyambut baik dan positif mengenai pengenalan program ini yang dilihat mampu menaikkan  taraf bidang pengacaraan serta mencungkil mereka yang terbaik di kalangan yang berbakat. Seperti Aznil, Suhaimi juga mempunyai fokus pada kriteria bakat pengacara yang dicari yang diharapkan mampu mencipta nama suatu hari nanti.

Bercakap pada sidang media yang diadakan di Garibaldi, Bangsar Village 1, petang semalam, idea asal program ini dicetuskan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan yang melihat bidang pengacara perlu mempunyai pelapis baru. Malah, senario meminjam pengacara dari golongan artis seperti penyanyi dan pelakon bukanlah jaminan pada pengacara pelapis yang dicari.

Screen-shot-2012-01-13-at-10-02-29-AM-(1).png

Untuk uji bakat yang akan bermula pada 14 Januari hingga 5 Feburuari ini, peserta akan diberikan beberapa contoh skrip untuk dipilih merangkumi pelbagai genre program.

Sesi uji bakat akan bermula di lokasi pertama di Red Box, Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 14 & 15 Januari ini diikuti, The Puteri Pacific, Johor Bahru (21 & 22 Januari), Merdeka Palace, Kuching (28 & 29 Januari) dan Astro, Bukit Jalil (4 & 5 Februari). Episod ujibakat On Air pula akan ditayangkan di Astro Ria setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula 25 Januari ini.

Syarat ujibakat pula adalah seperti berikut:
Peserta lelaki atau wanita (bujang atau sudah berkahwin)
Berumur di antara 18 hingga 30 tahun (pada 14 Januari 2012)
Memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah
Boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
Mempunyai personality menarik

Perlu dibawa:
Sekeping gambar berukuran 4R
Salinan kad pengenalan
Resume

Kepada anda diluar sana yang amat meminati bidang pengacaraan sila hadir ke ujibakat On Air kerana perkara ini jarang sekali berlaku serta manalah tahu peluang anda untuk menjadi artis residen Astro!

 
Posted: 1/13/2012 10:03:50 AM by XFM | with 0 comments


O-Card01-03-FA.jpg

Amanda Imani (Amanda), gadis berusia 21 tahun ni kini muncul dengan ‘single’ terbaru berjudul Cemburu yang juga menampilkan; Malique.

'Single' bergenre RnB ini bukan sahaja dihasilkan dengan teliti dan berkualiti tinggi, malah ia juga menawarkan muzik yang lebih mesra pendengar berbanding lagu-lagu sebelum ini. Malah, "Cemburu" ni dicipta sepenuhnya oleh Malique.

Penyanyi lagu Selamilah Cinta ini pernah melakar kejayaan dalam 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Bulgaria, Mei 2011apabila memenangi trofi Lagu Asal Terbaik menerusi lagu itu dan Penyanyi Baru Terbaik. Dengan kemunculan single terbaru ini, diharap Amanda akan lebih sukses dalam mengembangkan lagi sayapnya dalam industri muzik tanahair.

All the best yaw!


Posted: 1/12/2012 12:04:13 PM by XFM | with 0 comments


Displaying results 1-5 (of 10)
 |<  < 1 - 2  >  >| 
JATS-243.jpg
SAM KUMAN

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'.

Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Lebih info tentang Sam Kuman, klik pada "Lihat Semua".
 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!