X-Movie: The Awakening

Oleh: Liza Ramli
 
Screen-shot-2012-01-25-at-10-11-50-AM.png

Sebuah filem seram bertajuk The Awakening ini pastinya akan memberikan anda satu kekeliruan yang pasti kerana tajuknya. Tajuk yang banyak digunakan baik dari segi tajuk filem, drama, album, tajuk lagu dan banyak lagi ini pastinya akan membuatkan anda terkeliru sebentar.

Namun untuk menghapuskan kekeliruan itu, rebiu filem yang akan kami bawakan kali ini adalah bertajuk, The Awakening yang mengisahkan mengenai filem seram British untuk tahun 2012 ini. Mungkin pasaran di United Kingdom telah dimulakan pada penghujung tahun 2011, namun tayangan di Malaysia telah bermula sejak 5 Januari 2012 yang lalu.

Filem British lakonan Rebecca Hall, Dominic West, Imelda Staunton dan ramai lagi ini merupakan sebuah filem yang mempunyai bayangan tajuk dengan latar gelap yang tersendiri. Namun, seram yang ingin dibawakan ini sebenarnya mempunyai misi dan visi yang tersendiri.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-16-01-AM.png

Filem arahan Nick Murphy ini menggunakan latar pada tahun selepas Perang Dunia pertama, tahun 1921 di England. Di mana, seorang pemburu entity yang dikenali dengan kepandiannya yang juga merupakan seorang wanita  yang berpendidikan tinggi pada zaman itu, Florence Cathcart telah diminta tolong untuk pergi membantu menyelesaikan misi kemunculan hantu di sebuah sekolah asrama lama.

Di dalam pencariannya itu, Cathcart telah melihat pelbagai kejadian yang membawanya ke satu dimensi yang lain. Manusia moden yang percayakan fakta dan juga ilmu sains berbanding  cerita tradisional kepercayan manusia dengan pemikiran ortodoks, Cathcart sendiri tidak percayakan kewujudan hantu. Dia tahu, segalanya yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas sains dan juga akibat dari perbuatan manusia sendiri. Tiada kaitan dengan kewujudan hantu atau apa-apa misteri alam yang lain. Apabila seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan penghuni asrama lama itu meninggal dunia, yang lain juga bimbang bahawa mereka juga akan menjadi mangsa.

Maka, setelah Cathcart tiba, sekolah itu ditutup dan hanya tinggal seorang kanak-kanak lelaki, Tom yang terpaksa ditinggalkan di situ bersama dengan penjaga asrama itu, Maud. Selain Maud,  Robert yang penuh dengan misteri itu juga tinggal bersama untuk menyelesaikan masalah ini.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-23-41-AM.png
 
Di dalam pencarian itu, Cathcart telah berjumpa dengan perlbagai jenis misteri yang sedikit sebanyak dapat menerangkan kewujudan hantu yang sering digembar gemburkan selain dari menyelesaikan misteri kematian kanak-kanak lelaki itu. Namun, ada sisa dan juga kisah kehidupan yang tertinggal di sebalik misteri yang semakin dirungkai, semakin banyak menimbulkan persoalan tentang mengapa Cathcart ada di di situ. Apa kaitan rumah itu, kenangan lama Cathcart sebelum menjadi anak angkat pada keluarga lain, dan siapakah Tom yang sering menjadi satu bayangan buat dirinya cuba dia rungkaikan.

Apakah Cathcart dapat membuktikan yang hantu itu tidak wujud, atau mungkin dia perlu terima hakikat dan hidup dalam ketakutan kerana kewujudan hantu atau mungkin ada cerita di sebalik kejadian ini? Sila saksikan kisah yang tidaklah menyeramkan ini di pawagam.

Screen-shot-2012-01-25-at-10-17-04-AM.png

Lakonan watak utama filem ini, seorang wanita yang sebelum ini juga sinonim dengan filem misteri dan seram ini telah membawakan wataknya dengan baik sekali. Kewujudan Rebecca Hall di dalam filem ini selaku Florence Cathcart juga merupakan salah satu bukti kejayaan filem ini di dalam merebut perhatian penonton dari mula hingga ke akhirnya.

Pengakhiran cerita ini yang telah diputarkan ke paksi 180° ini telah membawa kita ke satu simpang penyelesaian yang tidak membosankan. Filem ini telah membawa satu penyelesaian yang akan membuatkan anda menerima filem ini seadanya namun masih lagi tidak membawa bayangan seram hantu yang bukan-bukan. Satu kejayaan buat pengarah yang berjaya meletakkan imej seram dari mula hingga ke akhir dengan detik cemas, suspens dan menakutkan dengan kadar yang tidak terlalu ekstrem.
Kisah di sebalik kisah yang terselindung dengan memori zaman silam yang kian luput, dikembalikan dalam sekelip mata. Jika anda rasakan menarik, saksikanlah filem ini di pawagam dan temui penyelesaiannya yang tersendiri jika anda inginkan kepastian yang lanjut.

Posted: 1/25/2012 10:13:43 AM by XFM | with 0 comments


Trackback URL: http://www.xfm.com.my/trackback/32676d05-82f5-4985-b7e3-696b08989b2d/X-Movie--The-Awakening.aspx

Comments
Blog post currently doesn't have any comments.
Leave comment



Enter security code:
 Security code
JATS-243.jpg
OAG

Setelah 5 tahun berlalu tanpa sebarang material kini OAG sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif untuk kembali aktif dalam Industri Muzik Tanahair.

Radhi kini bebas untuk berkarya bersama ahli-ahli muzik yang direkrut dari pelajar ASWARA.

Radhi sudah mencipta sebuah lagu yang relevan dengan dirinya serta persekitarannya dan lagu tersebut berjudul “Si Pengaseh Muda”.

Lebih info tentang OAG, klik pada "Lihat Semua".

 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!