Tayangan Unggul mempersembahkan sebuah filem komedi seram "Tolong! Awek Aku Pontianak" lakonan Sazzy Falak, Zahiril Adzim, Liyana Jasmay, Nurul Wahab dan ramai lagi.
Filem ala-ala Twilight versi Twilight ni mengisahkan tentang... Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.
Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergi kepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob…
Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.
Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.
Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia, dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia.
Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob.
Nak tahu apa kesudahan filem ini, Sama-samalah anda nantikan di pawagam pada 7.7.2011 ini.
Korang mesti pernah dengan lagu Provokasi kat XFM kan? Hah, untuk yang tak tahu.. tu lagu daripada band Relay. Band ni baru je ditubuhkan (tak de lah baru sangat, tahun lepas), band je baru tapi dorang-dorang ni orang lama dalam industri muzik kita.
Buat masa ni Relay tengah sibuk mempromosikan single pertama dorang "Provokasi", dan dalam masa beberapa bulan dari sekarang, single kedua dorang "Oksigen" akan berkumandang di corong-corong radio pula.
Tak nak cerita panjang, meh tengok video temubual xklusif XFM dengan dorang-dorang ni.
Gabba Gabba ditubuhkan pada Ogos 2010 dan mula aktif sekitar Januari tahun ini. Single pertama dorang "Lambat Layu" yang juga merupakan lagu tema untuk drama "Cita dan Cinta" dah pun diputarkan di XFM dan lagu dorang semakin mendapat tempat dihati pendengar.
Ni antara soalan yang kitorang tanya kat Gabba Gabba sewaktu sesi temubual hari tu, "eh macam mana korang dapat nama Gabba Gabba ni?"
"Sebenarnya kami peminat kumpulan punk rock The Ramones dan Gabba Gabba Hey merupakan salah satu tajuk lagu band tu. Sebagai tribute buat band kegemaran , kami membuat keputusan memilih Gabba Gabba sebagai nama band dan secara kebetulan pula ada rancangan kanak-kanak yang menggunakan nama Gabba Gabba dan waktu tu baru kami tahu penggunaan nama Gabba Gabba tu banyak rupanya", balas mereka sambil ketawa.
Lebih info mengenai Gabba Gabba ni jom tengok video temubual x-klusif XFM dengan dorang OK!
Ala, korang mesti dah tahu Awanband ni tengah sibuk dengan proses rakaman album dorang kat studio Kamar Seni, Cheras ye tak? Nak tahu apa perkembangan terbaru tentang proses rakaman tu, jom tengok video temubual kitorang dengan Awanband..