FILSUF – MUKA SURAT SATU

Screen-shot-2011-11-21-at-11-24-11-AM.png

Pada mulanya dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan hip-hop tanah air, Ahli Fiqir, Daly atau nama sebenarnya Fadali Mohd. Darif kini muncul sebagai artis solo di bawah naungan label Warner Music Malaysia. Dengan menggunakan nama Filsuf pada kali ini, Daly masih mengekalkan imej Ahli Fiqir dengan memperjuangkan muzik hip hop-nya. Walaupun menggunakan nama yang berbeza, pelopor Ahli Fiqir ini masih setia menggunakan imej Ahli Fiqir apabila ‘Filsuf’ sendiri sebenarnya merupakan perkataan Arab yang bermaksud ‘Ahli Fikir’.

MUKA SURAT SATU merupakan album pertama beliau sebagai artis solo. Buah tangan daripada Filsuf ini melibatkan kolaborasi bersama beberapa artis tempatan termasuk Erna, Hal Husaini, Bob Yusof / Bob AF, Wana dan Capital South & Masfuany. Hasil kerjasama ini, MUKA SURAT SATU memberi kepelbagaian kepada para pendengar.
 
Menyentuh aspek kepelbagaian, album ini memperdengarkan kepelbagaian dari segi penyampaian dan penghasilan lagu. Lagu SENDIRI DI KUALA LUMPUR gandingan Filsuf bersama Bob AF adalah sebuah lagu yang menggandingkan rentak Ghazal dan Hip Hop. Manakala, YANG SEBENAR gandingan Filsuf dengan Hal Husaini merupakan sebuah lagu yang berunsur jazz. Sebuah lagi lagu yang menjanjikan kelainan yang ketara, yang turut dimuatkan dalam album ini adalah BOLEH. Sebagai sebuah lagu hasil kolaborasi bersama Capital South & Masfuany, BOLEH adalah gabungan rentak Banghra dan Hip Hop.

 
Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album ini :

1.1.4.3.4.3.1
2.SEMUANYA KERANA HIPHOP feat. ERNA
3.HITAM MANIS
4.YANG SEBENAR feat. HAL HUSAINI
5.SENDIRI DI KUALA LUMPUR feat. BOB YUSUF/BOB AF
6.AKU BAHAGIA MELIHAT KAU BAHAGIA

Turut dimuatkan dalam album ini adalah 3 lagu bonus :

1.HAYUNKAN TANGANMU
2.AIRMATA JATUH DI DALAM FILSUF feat. WANA
3.BOLEH feat. CAPITAL SOUTH & MASFUANY

 
HITAM MANIS adalah single pertama Filsuf daripada album beliau kali ini. Berlainan daripada versi cover oleh bintang lagenda Allahyarham R Azmi, HITAM MANIS oleh Filsuf mempunyai elemen Hip Hop, sebuah elemen yang cukup sinonim dengan nama beliau. Selain itu, lirik lagu HITAM MANIS ini juga telah diubah suai oleh Filsuf bagi memenuhi kriteria stail lagu.

Dengan memuatkan hasil karya Filsuf sendiri, album ini tentunya dinantikan oleh peminat muzik hip hop tanah air! Bagi para penggemar muzik, dapatkan album FILSUF yang kini telah pun berada di pasaran sejak 27 Oktober 2011, dengan harga hanya RM21.90!
 
Posted: 11/21/2011 11:21:11 AM by XFM | with 0 comments



2.jpg

Selepas kejayaan “Fobia Cinta”, Nashrin yang kini dikenali dengan imej pop balada kini tampil lagi dengan single terbaru bertajuk “Percaya Pada Luka”. Single ini adalah hasil karya Acap sebagai komposer bersama Roy sebagai penulis lirik. Seperti single pertama yang digubah dalam irama pop balada, “Percaya Pada Luka” membuktikan betapa Nashrin serasi dengan rentak ini.

Single ini adalah berkisar tentang kisah percintaan yang berakhir dengan kedukaan. Sesungguhnya segala yang dirancang adalah atas ketentuan Ilahi. Adakah keindahan percintaan hanyalah mimpi semata-mata? Adakah lumrah percintaan berakhir dengan kedukaan? Pertanyaan-pertanyaan berkisar tentang lumrah percintaan sebegini dipersoalkan dalam rangkap-rangkap verse pendek pada lagu ini. Manakala pada bahagian bridge lagu ini pula menyatakan tentang perihal kesepian yang menemani kedukaan.

Bahagian korus lagu ini merupakan pernyataan kepercayaan sang pencinta tentang percintaannya yang telah ditakdirkan. Secara keseluruhannya, “Percaya Pada Luka” membawa mesej betapa keindahan percintaan mungkin tidak berkekalan.

Jadi, jom kita amati video muzik "Percaya Pada Luka" ni.

Posted: 11/8/2011 12:07:08 PM by XFM | with 0 comments



MAlique_jamal.jpg

Aku Maafkan kamu merupakan single kedua daripada album terbaru Jamal Abdillah, Raja Pop 2 dan lagu ni merupakan hasil kolabarasi julung-julung kalinya antara Raja Pop Malaysia dengan Malique. AKU MAAFKAN KAMU menampilkan Jamal Abdillah dalam rentak lagu yang berbeza. Disampaikan dalam mood rancak, lagu hasil gabungan kerjasama antara Malique, Jamal Abdillah dan Tripdisz ini tentunya sebuah halwa telinga yang tidak membosankan!

Lirik oleh Malique, AKU MAAFKAN KAMU merupakan sebuah lagu berunsur nasihat yang merungkai ranjau kehidupan. Dengan memberi penekanan terhadap aspek kemaafan, lagu ini mengetengahkan kealpaan dan kejahilan umat manusia. Menyentuh aspek mesej yang ingin disampaikan, lagu ini juga ada menyebut tentang perlakuan pesalah yang dibelenggu rasa bersalah, juga faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan tersebut. Menerusi penggunaan kosakata yang berat menerusi lagu ini pula, olahan Raja Rap tanah air ini tentunya sesuatu yang menarik untuk dikaji dan didalami.

Lagu ini bagaikan ‘hadiah’ istimewa bagi peminat Jamal Abdillah yang berjiwa muda! Yang tak dengar lagi lagu ni, sila la dengar XFM ye. XFM Memainkan Muzik Malaysia Terbaru Anda tau!
Posted: 11/7/2011 1:18:52 PM by XFM | with 0 comments


konsert-search.jpg


Kumpulan Search bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur bermula bulan ini.

Selain daripada kemunculan SEARCH yang sudah tentu akan menggegarkan, impak siri konsert tersebut juga akan ditambah lagi dengan persembahan hebat daripada artis undangan seperti Dato' M.Nasir di Kuala Lumpur, band pembuka Sofea (Pulau Pinang), Koffin Kanser (Johor) dan Projek Pistol (KL). Terdapat juga persemmbahan dari band-band undangan lain seperti Bittersweet dan Pesawat.

Kehadiran Burn, Nana, Jehan Miskin dan alumni Raja Lawak seperti Nabil, Angah, Jep (Pulau Pinang) dan Johan (Johor dan KL) sebagai pengacara sampingan juga dijangka akan menjadikan siri konsert ni yang paling hebat pernah dianjurkan di negara ini. Semua ni diumumkan oleh Amy (vokalis) yang mewakili SEARCH di sebuah sidang akhbar khas di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 November yang lepas.

Mereka bakal mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu terbaik tanpa sebarang Medley, SEARCH menjanjikan persembahan yang berlainan daripada konsertnya yang terdahulu. Mereka akan mempersembahkan hampir kesemua lagu-lagu hits yang telah melonjakkan nama mereka di persada muzik Malaysia dan Asia.

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH akan bermula di Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan konsert penutup di Padang Astaka, Kuala Lumpur ( 17 Disember). Peminat-peminat SEARCH juga boleh melayari laman rasmi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di facebook di www.facebook.com/SEARCH30

IMG_0052.JPG

IMG_0016-(1).JPG

IMG_0062.JPG
Posted: 11/4/2011 12:20:15 PM by XFM | with 0 comments


Screen-shot-2011-11-03-at-12-34-31-PM.png


Penyanyi Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak, 27, pernah bekerja sebagai anggota polis di atas permintaan keluarganya. Setelah tujuh tahun berkidmat dalam badan beruniform, akhirnya Arrora nekad meninggalkan kerjaya tersebut lalu mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian  dalam kerjaya nyanyian.

Dia yang dulu memegang jawatan Lans Koperal, pernah menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.

Demi mengajar kerjaya, dia dengan tekad berjumpa pihak Sony Music. Walaupun masih baru menapak dalam industri hiburan, berkat kesungguhannya untuk menjadi seorang artis, akhirnya dia berjaya memperkenalkan dirinya kepada orang ramai dengan single "AHMAD".

Anak kelahiran Johor, berbintang Cancer ini juga baru sahaja selesai dengan rakaman video muzik singlenya bertajuk “AHMAD”. Music Video AHMAD arahan Hao Ren mengambil masa rakaman selama sehari. Watak AHMAD yang bertukar karakter itu di lakonkan oleh seorang model dari maskulin.

Pihak Sony Music merasakan bahawa lagu AHMAD bukan sahaja diterima ramai oleh pendengar radio, malah hasil kutipan muat turun lagu tersebut dilaporkan mencecah 30 ribu.   

Antara kata-kata Arrora…

“Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran,”

“Buat pengetahuan semua, nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu”

“Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Syarikat rakaman saya Sony Music yang memberi peluang kepada saya menjadi artis rakaman mereka."

“Terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya".
Posted: 11/3/2011 12:32:18 PM by XFM | with 0 comments


Displaying results 1-5 (of 6)
 |<  < 1 - 2  >  >| 
JATS-243.jpg
SAM KUMAN

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'.

Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Lebih info tentang Sam Kuman, klik pada "Lihat Semua".
 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!