Screen-shot-2011-10-18-at-6-05-20-PM.png

Penyanyi remaja Alif Satar menampilkan sisi matangnya di dalam album kedua bergenre pop bersama Sony Music berjudul Lelaki Seperti Aku. Album yang menampilkan enam lagu baru serta sebuah lagu ‘cover version’ nyanyian bersama penyanyi remaja dari Filipina, Julia Abueva ini dijangka bakal menandingi kehebatan album terdahulu berjudul Nakal yang telah menampilkan dua lagu hit – Jangan Nakal dan Cukup Indah.“Alif cukup teruja dengan album kedua ini kerana persembahannya lebih dewasa sesuai dengan usia Alif sekarang,” kata Alif yang menyambut hari jadi ke 21 tahun pada 19 September lalu.
 
Single pertama dari album ini, Lelaki Seperti Aku ciptaan Panji telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik dan telah menjuarai carta-carta lagu di beberapa buah radio tempatan.Selain Lelaki Seperti Aku, Panji yang mempunyai sentuhan luar biasa mencipta tiga buah lagu bagi album ini iaitu Abdul,  Rapuh dan Dalam Sunyi. “Alif memilih lagu-lagu ciptaan Panji kerana lagu-lagu ciptaannya cukup sesuai dengan Alif serta selera pendengar kini,” kata Alif.

Lagu-lagu ciptaan Panji ini telah disusun atur dan diterbitkan oleh Zimi (Sofaz) yang turut mencipta sebuah lagu di dalam album ini yang berjudul  Pendusta.Alif mengakui dia mengambil masa yang lama untuk muncul dengan album kedua ini kerana mahukan sebuah album yang berkualiti. Album Nakal diterbitkan pada 2009. “Alif terima banyak komen positif tentang album pertama Alif bersama Sony Music dan Alif mahu album kedua ini juga memuaskan hati peminat-peminat Alif.”
Tema cinta, kasih sayang dan persahabatan menjadi acuan bagi album ini. Sebagai contoh, lagu Rapuh dan Dalam Sepi, berkisar tentang cinta yang tidak dihargai.
 
Namun Alif masih tidak melupakan peminat-peminat kanak-kanaknya. Lagu berjudul Abdul yang mengisahkan seorang sahabat pelik bernama Abdul menjadi pertaruhan bagi mengambil hati peminat-peminat cilik.Album ini  turut menampilkan sebuah lagu berbahasa Inggeris hasil nukilan komposer baru, Amirah Ali berjudul There We Go.“Kali pertama Alif mendengar demo lagu itu, Alif terus terpikat kerana ia mengikut trend muzik masa kini yang digemari ramai terutama remaja.”
 
Sebuah lagi lagu berbahasa Inggeris yang dimuatkan dalam album ini ialah Timeless  di mana Alif Satar berduet dengan penyanyi remaja popular Filipina, Julia Abueva. Lagu ini dirakam bagi pasaran Malaysia dan Filipina. Lagu Timeless  telah dipopularkan oleh Kelly Clarkson dan Justin Guarini dan merupakan salah satu lagu tema bagi filem muzikal Hollywood, From Justin To Kelly. Perkembangan terbaru Alif juga boleh diikuti melalui facebook dan twitter Alif Satar. Album ini juga menampilkan tiga minus one – Lelaki Seperti Aku, Abdul dan Timeless sebagai bonus kepada peminat.



Senarai lagu:

1)     Lelaki Seperti Aku (1st Single)
2)     Abdul
3)     Pendusta
4)     Rapuh
5)     Dalam Sunyi
6)     There We Go
7)     Timeless (duet bersama Julia Abueva)
8)     Lelaki Seperti Aku (minus one)
9)     Abdul (minus one)
10)  Timeless (minus one)

 
Posted: 10/18/2011 6:14:20 PM by XFM | with 0 comments



Screen-shot-2011-10-13-at-1-07-30-PM.png
 

Stephen Rahman Hughes, bukan lagi satu nama asing di persada seni tanahair kita. Beliau pernah membintangi teater "muzikal Puteri Gunung Ledang dan juga filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' dan kini Stephen telah muncul dengan sebuah album yang berjudul "Stephen Rahman Hughes".

Album ini memuatkan 8 buah lagu dan kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini akan membawa peminat-peminat Stephen ke arus-arus Malay Pop yang berbeza seperti pop-rock, rock alternatif dan semestinya balada.

Projek ni bermula pada Julai 2010. Sebelum sesi rakaman bermula, proses pemilihan lagu serta susunan muzik merupakan cabaran terbesar mereka dalam mengekalkan intipati Stephen Rahman Hughes di dalam album yang berkonsepkan Malay-pop ni. Proses rakaman untuk lagu yang pertama bermula pada November 2010, sementara lagu terakhir pula dirakam pada Ogos 2011.

Cinta Masih Ada, Expressi, Ku Lepas, Sejuta Rasa, Hati Berbisik feat. Jaclyn Victor, Di Ribaan Cinta, Bertemu Di Syurga dan Bawalah Aku - Kesemua lagu tersebut dimuatkan di dalam album "Stephen Rahman Hughes" ni. Jadi nantikan album melayu pertama  Stephen Rahman Hughes pada Disember 2011 okay!
 
Posted: 10/13/2011 12:57:28 PM by XFM | with 0 comments


Screen-shot-2011-10-11-at-10-50-32-AM.png


'Kampong Glam' - album kedua One Buck Short dah pun berada dipasaran dan ia mula dipasarkan di konsert Rockaway hari tu. Album ni menyelitkan enam buah lagu dengan single pertama bertajuk, "Carilah Duit".

'Kampong Glam' ni merupakan buah tangan pertama OBS yang 100%-nya di dalam Bahasa Malaysia.'Sekelip Mata', 'Carilah Duit', 'Hilang Segala Rasa', Ditiup Kata Rindu', 'Semangat' dan 'Pok Pok Bujang Lapok'- kesemua lagu-lagu tersebut dimuatkan di dalam album ni.

Jadi, apa kata korang dapatkan album 'Kampong Glam' yang dah pun !



Posted: 10/11/2011 10:50:59 AM by XFM | with 0 comments



Screen-shot-2011-10-10-at-10-43-35-AM.png


Terbaru! Jaclyn Victor muncul dengan album kompilasi yang memuatkan 20 buah lagu hit dari album pertama sehinggalah album kelima beliau. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ni'Gemilang, Bertamu Di Kalbu, Ku Tak Bisa, Wajah, Satu Harapan dan banyak lagilah.

Turut dimuatkan lagu-lagu duet & kolabarasi sperti; Cinta - duet dengan Misha Omar, Ceritera Cinta - duet dengan Rio Febrian, Ipoh Mali - kolabarasi dengan Point Blanc dan lagu duet yang terbaru Your Hands - duet bersama-sama Yew Han.  

Jadi, kalau korang semua nak dengar semua lagu-lagu Jaclyn yang best-best ni, pastikan korang beli dapatkan album kompilasi Keunggulan Jaclyn Victor ni yek!
Posted: 10/10/2011 10:47:40 AM by XFM | with 0 comments


Screen-shot-2011-10-06-at-11-17-52-AM.png


Steven Paul "Steve" Job, pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam. Mendiang Jobs berusia 56.

Jobs bertarung dengan kanser pankreas dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu. Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”.

Sikit info mengenai Steve Jobs, (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Steve menubuhkan Apple pada usia 21 tahun pada tahun 1976. Dalam masa 4 tahun, syarikat itu disenaraikan dalam bursa saham dan semasa berusia 25 tahun, Steve memilik harta sebanyak US$217 juta. Beliau yang merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).

Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.

Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011.

Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.

Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.


*Sumber: wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Posted: 10/6/2011 11:18:10 AM by XFM | with 0 comments


Displaying results 1-5 (of 7)
 |<  < 1 - 2  >  >| 
JATS-243.jpg
SAM KUMAN

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'.

Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Lebih info tentang Sam Kuman, klik pada "Lihat Semua".
 
Lihat Semua »

IKUT KAMI
  • Follow us on Twitter!
  • Follow us on Facebook!
  • Follow us on Youtube!