Oleh: Izzat Ismail

26 September 2011 merupakan tarikh bersejarah buat Dato' Siti Nurhaliza dimana beliau telah melancarkan album Inggeris pertamanya, All Your Love di Restoran Shook, StarHill Gallery, semalam.
Menurut sumber, kelahiran album Inggeris pertama ini bukan kerana beliau mahu menunjuk-nunjuk untuk menyanyi lagu dalam bahasa itu sebaliknya ingin mengembangkan kerjaya seninya pada peringkat yang lebih tinggi.Sambil menyifatkan ini juga adalah cara terbaik untuk menarik peminat yang berbangsa Cina dan India, beliau juga bersedia menerima respons dari pelbagai pihak mengenai album terbarunya itu.
Ketika pelancaran, Dato` Siti telah menyanyikan buat pertama kalinya beberapa lagu terbarunya Stand Up dan Remember You di hadapan peminat serta pihak media yang memenuhi pusat beli belah berkenaan. Album tersebut mula dipasarkan pada 24 September dan cetakan pertama sebanyak 3,000 salinan telah habis dijual.
Album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You yang turut menampilkan Sean Kingston. Album ini diterbitkan oleh syarikat milik anak tiri Dato Siti sendiri, Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.
Adib, pihak What's Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa. Tetapi buat masa kini mereka lebih menfokuskan kepada pasaran Malaysia seterusnya Indonesia selain beberapa lagi negara di Asia sebelum ke Eropah.
Seiring dengan kehadiran album terbaru “All Your Love” ini, Dato Siti tidak ketinggalan dengan melancarkan produk terbaru, Vogue dan Lovely Edition keluaran SimplySiti. Dalam masa yang sama Dato Siti turut mengadakan rumah Terbuka SimplySiti diilhamkan dari album itu sendiri.
Jadi kepada semua peminat Dato Siti Nurhaliza anda semua boleh mendapatkan album “All Your Love” dipasaran dengan harga RM 29.90 . Untuk maklumat lanjut, layari
www.simplysiti.com.my atau Facebook SimplySiti atau dapatkan info terbaru tentang album “All Your Love” keluaran What’s Up Entertainmnet di
www.wue.com.my
Siti Nurhaliza - ALL YOUR LOVE | Promo Preview
Sumber:mstar.com + murai.
Teater "The Secret Life Of Nora" bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 September hingga 16 Oktober 2011 nanti. Jadi, buat peminat-peminat Tiara Jacquelina, Aznil Hj. Nawawi dan juga Adibah Noor, korang jangan lepaskan peluang untuk melihat dorang-dorang ni beraksi nanti okay!
Jom tengok video muzik "Siapa Dia" ni, yang mana ia merupakan single pertama Tiara Jacquelina untuk "The Secret Life Of Nora". Tengok jom!
Dah tengok video tu, mesti nak tahu teater
"The Secret Life Of Nora" ni pasal apa kan? Jadi, meh baca sinopsis ni ye.
"
Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an, project terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang mempunyai kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain. Dia berharta, memiliki rupa paras yang amatcantik malah juga merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut adalah merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.
Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan sebuah pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung, Nora kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa. Namun demikian, mungkin kerana nasib menyelebelahi Nora, pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkup dalam penjara. Nora bersetuju.
Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket dan pada waktu yang sama juga, demi cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia."
Hah! Nak tahu apa jadi apa yang akan jadi nanti, beli tiket dan tengok ok.
XFM X-Klusif: Malique, Aku Maafkan Kamu dan TKO
Korang dengar tak XFM semalam?
Bagi yang terlepas, semalam kitorang premiere lagu Jamal Abdillah feat. Malique 'Aku Maafkan Kamu'. Lagu ni merupakan single ke 5 dari album ketiga Malique, "TKO", selepas '2010 Masih Hip Hop', 'Cuba Lagi', 'Senyum' dan 'Perang Dah Tamat'
Jika berdasarkan senarai lagu yang mungkin ada dalam 'TKO' seperti yang dipaparkan di laman malaysianhiphop.blogspot.com, ada enam lagi lagu dari album ni yang masih belum di keluarkan - 'Bangun Harimau Bangun', 'Salut (feat Ariz), 'Parti Di Kelab Malam', 'Muzik Buatku High (feat Bunkface), 'Seadanya (feat Adibah Noor) dan 'FL'
Tapi kan, ada yang mengatakan yang "TKO" mungkin takkan diedarkan di atas sebab yang tidak di ketahui.
Ye ke?
Bila XFM checkout laman web Qarma Music, yang tertera hanyalah gambar ni..
Kalau berdasarkan info di gambar di atas, adakah Malique akan release "TKO" sekali dengan dua album dia yang terdahulu, "OK" dan "KO: The Mixtape". Mungkin kah?
Apa-apahal, XFM sentiasa akan support Malique dan perjuangan beliau. Sementara kita tunggu perkembangan terbaru dari Malique, jangan lupa terus lekat dengan XFM untuk dengar 'Aku Maafkan Kamu'.
Di Syurga merupakan Video JATS yang kelima selepas Kau Di Mindaku. Rakaman untuk video ni dijalankan di sekitar Putrajaya (outdoor) dan juga di PJ (studio). Masa yang diambil untuk menyiapkan video muzik ni adalah lebih kurang 2 minggu lebih - 2 hari untuk shooting dan dua minggu "video editing". Video ni merupakan 100% hasil kerjatangan JATS, dari proses rakaman, peralatan dan juga proses penyuntingan tau. Hebat hebat!
Kali ni, JATS menampilkan seorang model kanak-kanak di dalam video ni; Iesya Alya.. comel kot budak ni. Jom tengok video muzik dorang jom!
Sewaktu berlangsungnya sidang media Suara Kami di Zouk hari tu, XFM menemubual DJ Fuzz untuk mengetahui apa perkembangan terbaru Fuzz ni. Selain dari sibuk dengan kedai baru, Fuzz juga akan bakal mengeluarkan buku dalam masa terdekat ni bukan tu ja, dia juga sibuk menyiapkan album seseorang. Hah! Nak tahu apa cerita DJ Fuzz ni , jom tengok video temubual X-Klusif kitorang ni.

Di Sidang Media Suara Kami, Zouk.
10-1, Jalan Solaris 3, Mont Kiara, KL