PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat. • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat. • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. • Bersedia dengan peralatan kecemasan. • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat. • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. • Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa). • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat. • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut. • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap. • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor. • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin. • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Foto Galeri : Estranged
Foto Galeri: Amy Mastura
Foto Galeri: Tomok di XFM
Rock The World 12
XTV : Video Muzik
XTV : Live
XTV : XTVT