Tajuk: "Kali Pertama" - Asmidar
Sumber foto: Asmidar Fanpage

Screen-shot-2013-03-06-at-11-31-42-AM.png

Asmidar telah melancarkan album pertamanya semalam. Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa ini pernah keluar dengan single yang berjudul "Biar Sampai Ke Bintang". 
 
Untuk pengetahuan korang, lagu "Langit Biru" nyanyian Asmidar juga pernah menduduki carta lagu XFM tau (sebelum kitorang beralih ke platform online). Gadis ini sememangnya berbakat!
 
Berbalik pada topik asal kita, album sulung Asmidar ini berjudul "Kali Pertama" memuatkan tujuh buah lagu kesemuanya;
 
1. Kali Pertama
2. Goldilocks
3. Bila Cinta Ada
4. Sepenggal Kisah
5. Sepasang Sudu
6. Pesona Cinta
7. Biar Sampai Ke Bintang
 
Oklah tu je informasi yang kitorang ada buat masa ni. Apa pun tahniah kitorang ucapkan buat Asmidar. Kitorang di XFM yakin Asmidar mampu untuk pergi lagi jauh.

Nah, kat bawah ni kitorang selitkan dua video muzik nyanyian Asmidar. Tengok ok!