Tajuk: Kolaborasi yuna & Owl City

Yuna-and-Adam.jpg

Korang bakal mendengar alunan vokal Yuna dalam filem animasi terbaru Hollywood iaitu The Croods yang menampilkan suara Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds.
 
Yuna mendendangkan lagu tema yang berjudul Shine Your Way digandingkan dengan vokalis kumpulan Owl City, Adam Young. Lagu tersebut merupakan ciptaan Alan Silvestri yang sebelum ini menghasilkan skor muzik untuk filem Back To Future, Forrest Gump dan juga Cast Away.
 
Filem The Croods ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac. Filem ini merupakan arahan, Chris Sanders yang pernah menghasilkan filem animasi pecah panggung seperti The Lion King, Mulan, Lilo & Stitch, Beauty and the Beast dan Aladdin.
 
Dibantu pengarah bersama, Kirk Demicco, filem itu hasil terbitan DreamWorks Animation SKG, edaran 20th Century Fox.