Melawat Rumah Aunty Lucy

Dihantar Oleh NANA

Assalamualaikum semua..

Ok, 15hb hari tu Nana pegi melawat rumah aunty Lucy (atau ejaan yg betul Luce) sebab dia ajak makan makan sempena CNY.. :) Macam kakak dia (MIL) aunty Luce ni suke masak jugak.. Sedap! Jom lah layan gambar ek..

Jemput MIL kat umah dulu sebelum pegi..

Uncle Kar Pheng atau panggil uncle KP je.. Dah sampai dah..

Cheongsam tu Nana beli dah 4 tahun kot kalau tak salah.. Beli kat Penang.. :)

Tu la aunty Luce.. Gigih memasak di dapur..

Haaaa.. Siap ade menu lagi tau atas meja..

Huhuhu.. Ada nama Nana lagi tu.. Mushroom soup..

Yang ni Truffle Oyster Pie.. :D

Western Yee Sang.. Yang ni memang sedap.. Nana ni memang suke salad, dan dressing dia mmg sedap.. :D

Lamb shank mamam ngan nasik ni.....


Memang sedap.. Huhuhu..

Last skali mestilah ade dessert..

Comel dan sedap.. :)

Ukey.. Until next time.. Adios.. :)



CNY Lunch at Mum's

Dihantar Oleh NANA

Yeaayyy!!!

I'm back! Ok, seperti yang dijanjikan, Nana nak cite ape yang berlaku pada CNY 14hb Feb bersamaan ngan hari Ahad.. Lunch kat umah MIL..

Untuk hari tu, hanya kitaorang bertiga je.. Tapi tetap meriah.. :)


Cheongsam moden.. :D


Haaa.. Ade gak kuih kuih dan kerepek..


Huhuhu..

Prepare lunch.. :) Hari ni makan nasi goreng special gitu..

Ape yang MIL cuba lakukan tu.. Nana mendengar dengan penuh minat.. :D

Hehehehe..


Tadaaaaa... Bentuk love gitu..


Haaa.. Tak berapa nak jadik.. Hahahaa... MRB nye lagi special.......


hahahaa.. Langsung...

Kalau korang perasan, MIL pakai 2 baju.. Satu kaler merah ngan satu lagi kaler brown kan..? MIL tak tau nak pakai yang mana satu.. Tu yg tukar tukar.. Hehehe..


Jemput makan.. :)

Lepas makan.. Bersantai la tengok TV.. :D


Lagi.. Posing lagi... :)


Tahun pertama Nana bagi angpow.. Hehehe..

Esoknya pulak ade pegi dinner kat umah aunty MRB iaitu Aunty Lucy kat umah dia.. Nanti Nana update lagi k.. :)



Hari ni Nana masuk Berita Harian..

Dihantar Oleh NANA

Ni Nana copy n paste dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20100217065850/Article/index_html

Sila la baca.. :) Pape pun thanks to Jaydee dari Berita Harian..

Tiada tekanan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my



Dari Era ke XFM, cabarannya tetap sama

DITANYA apa perasaannya ditukarkan dari EraFM ke saluran radio X-FM yang khusus untuk pendengar remaja dan belia, Nana mengakui tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Sesiapa pun kalau berada di tempatnya, pasti akan berasa terkejut, hampir hilang semangat kerana sudah selesa bekerja di tempat lama. Namun ia sekejap saja. Atas semangat menyahut cabaran, Nana berfikir positif untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberikannya.


Nana menjadi penyampai radio Era selama lima tahun. Kini selepas setahun, Nana sudah mula dapat membiasakan diri menjadi penyampai dari XFM sejak 16 November 2008.

"Memang pada mulanya, Nana akui kecewa kerana 'perjuangan' Nana bersama radio Era masih belum selesai. Maksudnya, Nana belum mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan.

"Pada masa sama, timbul rasa takut pun ada untuk beralih angin kerana bimbang dengan harapan tinggi daripada syarikat dan pendengar.

"Tetapi selagi Nana diperlukan untuk tugasan ini, Nana tak kisah untuk terus menaburkan bakti dalam dunia penyiaran radio. Kepercayaan yang diberi bukti pihak majikan masih memerlukan peranan Nana untuk sama-sama menaikkan nama stesen radio XFM," katanya.

Menurutnya, menerusi XFM, dia menjadi 'diri sendiri' dan lebih kreatif kerana sasaran pendengar stesen radio ini ternyata sangat berbeza. "Tiada tekanan dan Nana gembira dapat meneruskan kesinambungan di XFM," katanya.

Mengenai pencalonannya di ABPBH 2009 buat kali keenam, Nana menyifatkan kejayaannya berada di Top 5 kategori Penyampai Radio Wanita Popular sedikit berbeza kerana dia dicalonkan sebagai mewakili stesen radio XFM.

"Nana bersyukur masih ada yang sudi mengundi. Tercalon juga kali ini dan melihatkan kepada persaingan rata-ratanya semua orang yang sama. Nana tidak berharap terlalu tinggi untuk menang tapi bangga terus memeriahkan ABPBH tahun ini," katanya penuh semangat.

Nana juga sempat memberitahu hasratnya untuk menyanyi. Dia pernah muncul dengan single berjudul Katakan.

Katanya, bidang nyanyian belum berkubur dan kalau ada rezeki mahu muncul sekurang-kurangnya dengan sebuah lagu pada tahun ini.

"Teringin juga nak buat kemunculan semula. Suami pun tanya tidak mahukah menyanyi. Kebelakangan ini, ada tawaran yang mahu Nana membuat persembahan. Nana akan menyanyi selepas ini tapi belum ada perancangan terperinci.

Tapi dalam kepala ini, ada juga rasa nak muncul dengan lagu baru," katanya sambil mempromosikan untuk mendengar frekuensi XFM yang memutarkan lagu tempatan sepenuhnya.

Bukan merancang

Bercakap dengan kehidupan sehariannya sejak bergelar isteri, Nana mengakui kehidupannya selepas berumahtangga menjadi lengkap dengan kehadiran cahaya mata. Malahan, suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah atau Brian juga sudah mula bercakap mengenai perlunya anak dalam kehidupan mereka.

"Kami sama-sama terbuka hati untuk memiliki zuriat ketika dalam perjalanan menaiki teksi untuk ke lapangan terbang pada November lalu. Ketika itu, kami hendak bercuti sambil menonton konsert Pearl Jam di Melbourne, Australia.

"Dalam perjalanan itu, pemandu teksi memberi nasihat kepada kami, janganlah terlalu merancang (memiliki anak). Sebenarnya kami tidak merancang. Kami berusaha juga. Itu sebabnya, Nana sedih membaca berita pasal buang bayi sedangkan Nana sendiri beriya-iya sangat mahukan anak.

"Nana secara jujur meletakkan harapan agar tahun ini dikurniakan zuriat," katanya dalam pertemuan dengan Hip baru-baru ini.

Bebanan tugas dan tanggungjawab juga membuatkan Nana mengakui, mereka sebenarnya belum bercuti berbulan madu dengan sempurna.

"Kalau jadi seperti dirancang, mungkin sekitar pada atau April ini, kami akan berbulan madu juga. Ikut pilihan sendiri, Nana membayangkan pulau sebagai destinasi impian. Tak kiralah pulau di dalam negeri atau luar negara," katanya yang mengendalikan segmen Jam X dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Dari sudut lain, terpancar wajah kebahagiaan Nana. Ketika disolek jurusolek kegemarannya, Famee dengan potongan rambut pendeknya, Nana terus rancak bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dibina pada 6 Jun 2008.

"Sesibuk manapun, kami masih ada waktu bersama terutama di hujung minggu. Kalau bekerja, Nana masuk syif petang, dia (Brian) pagi. Jumpa pun di pejabat (AMP Radio Networks, Bukit Jalil) saja.

"Setiap Ahad, kebiasaannya kami akan ke rumah emaknya di Puchong berdekatan dengan rumah kami. Dia memang seorang yang mementingkan kekeluargaan," katanya.

Penghargaan

  • Solekan: Famee (012-2280178)
  • Busana dan aksesori: Anizam Yusof, 0193042077, (http://anizamyusoftherhucouture.blogspot.com)

Page Viewed:
27274 Visitors27274 Visitors27274 Visitors27274 Visitors27274 Visitors