





Kali ini Xpert nak ceritakan tentang handphone touch screen yang terbaru iaitu Samsung Star S5233. Kebelakangan - ramai yang suka dapatkan touch screen handphone, tetapi kesemuanya agak mahal!
Dengan budget yang berpatutan - anda boleh dapatkan Touch Screen Handphone S5233 daripada Samsung. Penuh dengan fungsi fungsi yang cool seperti EDGE / GPRS - Skrin yang sebesar 3 Inci menggunakan teknologi WQVGA - full touch screen. Camera - berkualiti 3.2 Megapixel dengan CMOS Sensor.
Ia juga datang dengan Bluetooth Version 2.1 dan FM Radio, boleh memainkan MP3 dan format lain lain... Tak lupa 50MB untuk on board memory - dan external memory slot untuk anda!
Dengan Samsung S5233 Star Phone ini anda boleh browse Internet dengan menggunakan web browser, dan juga terdapat banyak applikasi yang cool dan widgets widgets untuk anda!
Harga di pasaran: RM999
Tarikh di pasaran: Sekarang
*Belilah yang Original daripada Samsung - FMG.
